Pernah tak anda terfikir, sekiranya
bercouple itu haram menurut Islam,
bagaimana hendak mengenal seseorang itu tanpa bercouple? Berfikir sebentar ya… Sememangnya zaman sekarang, bercouple itu dah menjadi tren atau budaya anak muda dengan alasan bercouple adalah cara mengenal hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam pernikahan. Ingat ya kawan-kawan sekalian bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan
garis panduan yg paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan. Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan.
“Cara yang dianjurkan Islam untuk “couple” yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.”
Tapi perkara bertambah buruk lagi bila masyarakat menganggap pertunangan adalah selangkah telah masuk kealam perkahwinan, yakni pertunangan itu diibaratkan “lesen” untuk pasangan yang bertunang itu berdua-duaan tanpa mahram. Sesungguhnya, konsep atau cara pemikiran itu salah sama-sekali.
“Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan.”
Sebagai contoh:
1.) Si Mr M sudah bersedia untuk berkahwin yakni bersedia dari segi kewangan, dalam keadaan yang baik, mental serta fizikal. Encik M juga sudah mempunyai calon atau bakal yang dia rasakan sesuai untuk dijadikan isteri iaitu Cik H.
2.) Disebabkan Encik M ni faham apa yang dimaksudkan dengan konsep pertunangan, maka Encik M pergi berjumpa dengan ibu bapa Cik H dan menyatakan hasrat untuk merisik Cik H.
3.) Setelah ibu bapa Cik H bersetuju, dan Cik juga bersetuju maka Encik M pulang untuk memberitahu kepada ibu bapanya tentang hal merisik tadi.
4.) Keluarga belah Encik M pun menghantar rombongan meminang Cik H.
5.) Dalam tempoh pertunangan ini HARAM bagi lelaki lain untuk bertunang dengan Cik H ini, walaupun nama si lelaki itu Encik X atau sebagainya.
Senang bukan? Tak ada sebarang maksiat yang berlaku dalam proses ini. Dalam tempoh bertunang ini, sama ada setahun, atau dua tahun, si Encik M ni selalulah datang kerumah Cik H, TAPI mesti berjumpa dengan ibu bapa Cik H, bertanyakan khabar, dan kalau nak berborak dengan Cik H pun, perlu ada mahram nya.
“Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.”
Masyarakat kita juga memandang pertunangan ini terlalu serius sehingga malu sekiranya anak-anak mereka putus tunang. Ada yang jadi gila kalau putus tunang. Anggaplah tiada jodoh antara kamu berdua. Putus pun cara baik, dan ikatan yang telah terjalin boleh diteruskan tanpa permusuhan.